Isu-isu Wasiat, Faraid & Harta Pusaka di Singapura
By
Suhaimi Salleh
$9.99
Rating:
Not yet rated.
Published: July 10, 2012
Words: 29,344 (approximate)
Language: Malay
ISBN:
9789810862213
Short description
Kompilasi rencana mengenai isu harta pusaka yang pernah diterbitkan di ruangan Wasiat & Faraid akhbar Berita Harian/Berita Minggu
Wasiat • Joint Tenancy • Nominasi CPF
Nominasi Insurans • Anak Angkat • Ibu Bapa Angkat
Hibah • Nuzriah • Hibah Ruqba
termasuk fatwa terkini MUIS berkenaan joint tenancy, nominasi CPF dan nominasi insurans
serta ulansannya
SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG
Mohd Guntor Sadali
Editor, Berita Harian/Berita Minggu
SOAL perancangan harta pusaka yang sering dikaitkan dengan harta dalam bentuk rumah dan sebagainya kian menjadi isu keluarga dan juga penduduk Singapura, termasuk masyarakat Melayu/Islam.
Akhbar kami, Berita Harian/Berita Minggu telah berperanan dalam mendedah dan mengupas persoalan ini dengan melaporkan kes-kes di mahkamah di samping keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura. (Read more)
SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG
Mohd Guntor Sadali
Editor, Berita Harian/Berita Minggu
SOAL perancangan harta pusaka yang sering dikaitkan dengan harta dalam bentuk rumah dan sebagainya kian menjadi isu keluarga dan juga penduduk Singapura, termasuk masyarakat Melayu/Islam.
Akhbar kami, Berita Harian/Berita Minggu telah berperanan dalam mendedah dan mengupas persoalan ini dengan melaporkan kes-kes di mahkamah di samping keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura.
Sejak sekian lama, akhbar kami sedar bahawa masyarakat perlu dididik dengan mendedahkan kepada persoalan semasa agar dapat mereka lebih faham dan arif bertindak. Dalam rangka inilah, kalangan profesional masyarakat seperti Encik Suhaimi Salleh, telah diundang untuk tampil memberikan nasihat dan bimbingan.
Selaku seorang akauntan dan aktivis masyarakat, Encik Suhaimi berada di kedudukan baik untuk membincangkan perihal wasiat dan perancangan harta pusaka.
Memanglah setiap Muslim disuruh agama agar meninggalkan wasiat dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada hukum faraid saja. Namun tidak banyak Muslim di negara ini yang sedar akan tanggungjawab ini.
Sejajar dengan perkembangan Singapura sebagai hab kewangan antarabangsa, termasuk urusan kewangan Islam, maka amat genting proses pendidikan ini diperhebat.
Kami juga gembira kerana Encik Suhaimi telah dapat membincangkan perihal isu harta pusaka yang dikaitkan dengan pemilikan bersama (joint tenancy) dan wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF).
Dalam isu CPF, umpamanya, soal nominasi atau penamaan kian penting dipadankan dengan perancangan harta pusaka agar tidak timbul dakwa-dakwi di belakang hari. Selain itu isu anak dan ibu bapa angkat serta instrumen atau alat pemberian harta seperti hibah dan nuzriah semakin penting dibincangkan dalam memastikan perancangan harta pusaka dapat dilaksanakan dengan baik.
Esei-esei yang terkumpul ini sudah diterbitkan dalam akhbar kami dan disunting untuk keperluan bagi penerbitan buku. Yang jelas pendekatan dan gaya penulisan Encik Suhaimi mudah difaham. Ini perlu bagi subjek yang boleh dianggap kompleks tetapi begitu penting bagi masyarakat Islam. Semoga buku ini menjadi sumbangan bermakna kepada khazanah pengetahuan rumpun Melayu.
(Less)
Tags
singapore,
faraid,
wasiat,
harta pusaka,
barakah
Single purchase gains access to all formats. How to download ebooks to e-reading devices and apps.
Videos
Book Launching Teaser
Isu-isu Wasiat, Faraid & Harta Pusaka di Singapura
Reviews
Log-in to write a Review
Log-in to add a Video Review
This book has not yet been reviewed.